Bismillah..
Syukur pd Allah..setelah 2 tahun ++ sy berkecimpung dlm bidang forex ni, ada juga sedikit sumbangan ilmu yg telah dicurahkan kpd semua trader..
Antaranya drpd TFS yg telah menghargai perjuangan saya selama ini..Berikut merupakan review kpd seminar yg telah dianjurkan oleh TFS di kota kinabalu sabah mac yg lepas..
Are Fiq:
Tips FTT Cikgu Juhary Dalam Workshop Teknik Forex Sebenar
Workshop Teknik Forex Sebenar (TFS) Sabah telah diadakan 04 Mac 2017 di Promenade Hotel, Kota Kinabalu. Dah hampir 4 tahun ia tidak dibuat di sini.
Selain Khalid Hamid yang mengajar, setiap workshop TFS kita akan panggil trader berpengalaman underground (dan juga terkenal, hehe) untuk memberikan perkongsian bermanfaat selama 1 jam.
Pada hari tersebut, kami telah menjemput sifu Cikgu Juhary Julai atau lebih dikenali sebagai CJJ. Beliau diterbangkan khas dari Kuching, Sarawak. Teknik trademark beliau ialah Teknik 7 Petala Langit dan Bumi. “Otai” dalam TFS tuan Mohd Hanafi juga turut memberikan perkongsian bermakna dalam workshop berkenaan. Kedua-dua mereka merupakan Full Time Trader (FTT).
Berikut merupakan intipati perkongsian mereka tempoh hari:
1) lmu forex boleh dapat free, tapi macam mana anda nak tahu ianya boleh dipercayai atau tidak? Dengan mempelajari ilmu berbayar, kita boleh buat pengesahan. Takkanlah ilmu berbayar tu diorang baru nak test drive ye tak?
2) Trader perlu kenal personaliti & trading style mereka (scalper, day, swing atau position trader), kerana tiada 1 style yg sesuai untuk semua.
3) Asingkan akaun untuk personaliti yang berlainan. Jangan gunakan satu akaun sahaja (nasihat ini untuk trader yang dah advanced sahaja).
4) Forex ni macam mana pun akhirnya berbalik kepada MONEY MANAGEMENT SAHAJA, iaitu bagaimana kita mengawal aliran keluar masuk modal kita.
5) Prinsip beliau dalam trading ialah DEPO KECIL, WITHDRAW BESAR!
6) Teknik paling power yang sentiasa tidak mengecewakan beliau? Bullish / Bearish Engulfing di TF Daily. Kenapa pilih Daily? Sebab sekali trade makan profit ratus pips terus, tak perlu trade banyak kali. Fokus kepada major pairs sahaja sudah memadai.
7) Kuasai ilmu candlesticks dan SNR. Dua teknik tu sudah cukup bagus.
8) AUD & NZD susah nak profit kalau sell. Lagi senang profit kalau buy, sebab mereka punya interest rate adalah yang tertinggi ketika ini. Currency tersebut sentiasa menjadi pilihan big traders untuk Buy (carry trade).
9) TIPS MAHAL: Bila CS semasa melepasi High / Low CS sebelumnya (di semua TF), ia petanda awal harga nak terus pergi ke arah tersebut.
10) TIPS MAHAL: Pagi market tak gerak sangat. Petang – malam baru market mula bergerak laju. Jadi, trade pada waktu ini lebih cepat & mudah untuk profit.
11) Elakkan sindrom “asal buka chart je nak entry, asal buka chart je nak entry, asal nak entry je buka chart”. Kita bukan market marker. Modal USD 50 ada harapan nak gerakkan market USD 5 Trillion ke? Hahaha… jadi, follow the flow.
12) Major news menggerakkan market, dan untuk memahami ilmu fundamental dengan lebih mudah, kita perlu faham MONETARY POLICY sesuatu negara.
13) Pelabur JPY kebanyakannnya melabur di luar negara, kerana interest rate mereka -0.1% ketika ni. Maksudnya, rakyat mereka simpan duit di bank, mereka pula yang kena bayar bank. Terbalik pulak! Sebab tu mereka invest di luar Jepun. Selain itu, negara pengeksport seperti Japan lebih suka matawang mereka lemah kerana mereka akan dapat hasil yang lebih bila eksport barang mereka.
Saya dapat rekodkan perkongsian beliau dengan bantuan workbook TFS ni. Dah la siap dapat pen, non-woven bag & t-shirt eksklusif TFS plak tu. Perghhh
Otai TFS tuan Hanafi merupakan seorang pesara tentera yang telah berjaya menjadi Full Time Trader. Beliau telah bersama TFS sejak tahun 2012.
Beliau banyak tekankan soal Money Management. Beliau turut menekankan supaya trader trade mengikut trend, bukannya melawan trend dengan harapan position kita arah market. Beliau hanya menggunakan asas dalam TFS sahaja untuk trade. Beliau percaya matlamat kita semuanya sama iaitu kita nak PROFIT. Jika ada cara mudah dan masuk akal, kenapa tak nak guna?
Itulah dia serba sedikit perkongsian mereka. Itu baru kejap je tu dah belajar macam-macam. Bayangkan apa anda akan belajar dalam workshop sehari suntuk? Haa…. Jom recommend channel ni kepada rakan trader @TForexsebenar
untuk lebih banyak tips dan motivasi..

No comments:
Post a Comment