Satu entry yang lengkap hendaklah mempunyai sebab di sebalik entry berkenaan.
1. Kenapa kita pilih pair berkenaan?
Analisa tiap currency sebagai single currency. Cari mana yang kuat, mana yang lemah.
Sekiranya ada seorang swing/position trader, pilih currency kuat/lemah berdasarkan fundamental, iaitu polisi ekonomi negara currency. Adakah dalam easing stage, tightening stage atau holding? Apa bias market terhadap next move central bank policy negara berkenaan? Apa forward guidance yang diberi dalam monetary policy atau press conference selepas policy statement atau implementation note?
Sekiranya anda seorang intraday trader, apa sentiment semasa market terhadap polisi, ekonomi negara currency? Beza kan data tumpuan dan data bukan tumpuan central bank. Gunakan news releases untuk trade ke arah atau selepas data diperolehi. Bukan trade news, sebaliknya kita gunakan news releases, market data untuk memilih kaedah entry bersesuaian Dengan sentiment market.
Sekiranya anda seorang scalper, kenalpasti sentiment semasa, bias market terhadap currency. Pilih range teknikal, Ikut arah sentiment market semasa.
2. Intermarket filter
Forex market wujud sebab keperluan untuk perdagangan dan juga kegiatan spekulasi financial market.
Kenalpasti produk utama ekonomi negara currency, kenalpasti apa financial security yang banyak mempengaruhi pergerakan matawang.
Gunakan intermarket information sebagai filter, bukan sebagai indicator untuk buy/sell.
3. Technical Confirmation
Price bergerak dalam range. Gunakan tools technical bersesuaian untuk mengenalpasti range. Support resistance, channel, BB dan sebagainya adalah antara tools untuk range market. Fahami tools dan indikator yang kita pakai, jangan main Ikut je strategi orang. Be critical, be analytical. Forward test, back test bukan lah tool untuk kaji strategy, Itu untuk data.
4. Risk Management
Apa size lot sesuai, mana tempat kita exits, SL atau TP. Itu dulu yang dikira, bukan tengok entry dulu. Salah tu.
Fahami diri anda sebagai trader, Fahami market yang kita masuk nie, dan Fahami strategi yang kita pakai.
Bina trading Proses yang unik kepada diri kita, bukannya yang unik kepada orang lain. Itu teknik orang, bukan teknik yng sesuai Dengan Masa kita, risk tolerance kita, diri kita.
Jadi trader.
Coffee Shop Trader
Zulkifli Abdul Razak
Zulkifli Abdul Razak

No comments:
Post a Comment