Apa yang Anda Buat Selepas Trade Position Tutup Sama Ada Profit atau Loss?
Inilah sebenarnya rahsia di sebalik konsistensi dalam trading. Apa yang anda buat selepas trade. Bukan teknik, bukan entry, bukan money management. Ramai trader yang boleh buat analisa, Tak kisahlah fundamental, sentimen, teknikal atau gabungan semua tu. Semua tau pasal risk management.
Biarpun tau semua tu, trade masih tak ada konsistensi. Masih tak jumpa rentak. Apa masalah sebenarnya?
Di sinilah sebab nya mengapa kita kena buat trade review. Selagi Tak buat yang nie, rasa nya bagaimana hebat sekalipun kita buat analisa, nak cerita consistency tu masih jauh. Kalau setakat sembang benda2 marketing yang 200-500% tu tak perlu ye nak komen. Kita tau cerita sebenar bulan bintang tu.
Buat review lepas kita tutup position. Letak yang berikut:
1. Keputusan Trade: TP/SL
2. Reason behind Result: Kenapa position kita hit result tadi, cari sebab
3. Apa yang kita pelajari daripada entry berkenaan
Cari keistimewaan, kekuatan kita sebagai trader. Buat yang tu dulu. Kenalpasti apa yang kita buat betul bila position kita hit TP. Cuba ulang Proses yang sama bila kita trade pada Masa lain.
Dah jumpa strength kita, baru cari kelemahan kita. Penting untuk kita cari kekuatan kita dulu, bukan cari kelemahan dulu.
Di sinilah faktor positivity membantu kita. Bila kita tau kekuatan kita sebagai trader, keupayaan kita, then baru lah kita perbaiki kelemahan.
Jadi trader yang positive. Dengan bersifat positif, mudah untuk kita berfikir secara tenang dalam membuat analisa, managing trade.
Bentuk minda kita sebagai trader. Buat trade plan sebelum entry, buat trade review selepas tutup post. Inilah caranya nak mengenali diri kita sebagai trader, mengenali strategi entry kita dan memahami market.
Jadi trader.
No comments:
Post a Comment