Pages

MASA UNTUK TIDAK LAKUKAN URUSNIAGA FOREX


Kita perlu faham bahawa tidak semua masa kita boleh melakukan urusniaga forex. Kita perlu tahu bila masa yang terbaik untuk melakukan urusniaga forex. Kita juga perlu tahu bila masa yang TERBURUK untuk urusniaga forex. 

Ada 2 situasi yang perlu dielakkan apabila melakukan urusniaga forex. 
1. Kurang aktiviti dalam pasaran.
2. Apabila pasaran huru hara dalam menentukan arah pasaran.

Apabila kurang aktiviti dalam pasaran, bermakna kenaikan yang kecil sahaja boleh berlaku dan potensi untuk untung kurang. Juga apabila sukar untuk mencari pembeli, maka komisen akan meningkat naik. 
Contoh pasaran huru hara ialah apabila (sebelum, semasa, dan selepas) berita yang akan memberi kesan kepada ekonomi ataupun forex. Ini adalah masa-masa yang mana pasaran akan boleh bertukar arah dalam sekelip mata dan agak sukar untuk diagak kemana arah pasaran.

Contoh masa-masa yang perlu dielakkan.

a) Jumaat petang dan hari minggu
Jumlah aktiviti sangat kurang sebelah petang hari Jumaat. Ini kerana bank-bank besar akan tutup posisi pada masa ini. Ini dilakukan atas tujuan keselamatan. Mereka tidak mahu positon dalam jumlah yang besar dibiarkan terbuka pada hari minggu tanpa pengawasan. 
Risiko paling besar membiarkan posisi terbuka pada hari minggu dipanggil “Ruang hari minggu”. Apabila berlaku arah gerakan pasaran yang besar tetapi tidak direkod oleh system, maka “stop-loss” mungkin tidak berlaku dan ini sangat merbahaya. Inilah sebab mengapa pembeli tidak membiarkan posisi terbuka di hari minggu. 

b) Masa berurusan hampir tamat. 
Apabila masa berurusan hampir tamat, nilai wang dan kecairan wang, boleh berubah dengan cepat dan banyak mengakibatkan berlaku gelincir, dan kerugian yang banyak. 

c) Berlaku berita penting
Pembeli harus mengelakkan urusniaga apabila jumlah wang yang sangat besar dikeluarkan. Sebagai contoh pengumuman dari bank pusat, laporan kewangan dikeluarkan dan lain-lain lagi. Aktiviti ini boleh mengakibatkan pasaran huru-hara dan sukar diagak kemana arah pasaran. Sebab itulah pembeli harus selalu menyemak kalendar ekonomi untuk mengelakkan situasi ini. 

d) Cuti Bank
Urusniaga akan menjadi lembab semasa cuti umum bagi negara matawang yang akan didagangkan. Contoh Christmas bagi USD, GBP dan EURO.

e) Hari-hari terakhir December.
Banyak bank akan ditutup pada hari-hari terakhir December maka urusniaga akan menjadi lembap.

f) Acara TV yang besar.
Perlawanan bolasepak dunia/Euro, Superbowl, NBA finals, NHL akan melembapkan pasaran. Jadi apabila urusniaga contohnya USD, kita perlu tahu apakah ada rancangan TV yang boleh melembapkan pasaran USB contoh Superbowl final.

g) Semasa berlaku urusniaga pasaran Asia.
Pasaran matawang Asia biasanya lembap apabila dibandingkan dengan pasaran matawang yang lain. Pembeli yang masih baharu perlu mengelakkan urusniaga ketika ini. Spread boleh menjadi tinggi dan jumlah keuntungan akan mengurang.

h) Apabila marah atau kecewa. 
Peraturan No1 dalam urusniaga matawang ialah JANGAN melakukan urusniaga ketika marah atau terlalu teruja. Semasa urusniaga, emosi seharusnya tenang.

i) Semalaman (Open Position)
Apabila meninggal kan posisi untuk satu malam, broker akan mengenakan bayaran tambahan. Anda harus menyemak polisi yang broker anda gunakan apabila berlaku posisi terbuka pada waktu malam.

No comments:

Post a Comment