Pages

GABUNGAN MATAWANG



Urusniaga forex bermaksud beli satu matawang dan menjual matawang lain. Matawang diniagakan melalui broker forex ataupun bank, dan diniagakan secara gabungan/ pasangan.
GBP/USD = 1.5486 dalam hal ini GBP ialah matawang asas, USD ialah matawang yang diniagakan dan 1.5486 ialah jumlah kadar pertukaran.


Gabungan yang popular biasanya akan menggunakan US Dollar. Ini dipanggil gabungan utama kerana ianya kerap diniagakan.


Simbol matawang mesti menggunakan 3 abjad. Biasanya 2 abjad pertama melambangkan negara dan abjad ke3 melambangkan matawang. Contohnya USD (US = United States, D= Dollar).

Pasangan matawang mana yang harus diniagakan?
Terdapat kira-kira lebih dari 100 pasangan matawang yang diniagakan. Agak sukar untuk memilih pasangan manakah yang harus dipilih. Sebagai pilihan asas, biasana pasangan utama dipilih. Namun begitu terdapat pembeli yang berurusniaga menggunakan pasangan yang bukan utama.

Terdapat 3 jenis pasangan matawang
⦁ Utama
⦁ Bersilang
⦁ Eksotik
Pasangan utama/Gabungan utama.
Pasangan utama ialah pasangan yang biasanya diniagakan oleh kuasa ekonomi dunia: US, Europe, Great Britain, Japan, Switzerland and Canada. Terdapat 7 pasangan utama
⦁ EUR/USD
⦁ GBP/USD
⦁ USD/JPY
⦁ USD/CHF
⦁ USD/CAD
⦁ AUD/USD
⦁ NZD/USD
Pasangan utama paling mudah diniagakan samada oleh pembeli baru mahupun pembeli yang sudah berpengalaman lama dalam bidang forex. Pasangan ini mempunyai kecairan yang tinggi, spread yang rendah dan juga jumlah pergerakan yang besar. Pasangan utama juga amat stabil dan mudah diagak kemanakah arah tujuan matawang ini. Pasangan utama lebih kebal daripada keadaan politik atau ekonomi yang huru-hara secara tiba-tiba.

Pasangan bersilang
Pasangan bersilang ialah pasangan matawang yang tidak mempunyai USD dalam gabungannya.  Ia dipanggil bersilang kerana pada masa dahulu, kebanyakan nilai matawang diikat dengan USD. Jadi untuk menukar mana-mana matawang harus ditukar kepada USD terlebih dahulu. 

Pasangan bersilang ini untuk pembeli yang lebih berpengalaman dalam bidang forex tidak sesuai untuk yang pembeli baru. Spreadnya lebih mahal jika dibandingkan dengan pasangan utama tapi tidak terlalu mahal. Spread untuk exotic lebih mahal jika dibandingkan dengan spread pasangan bersilang. Contoh pasangan bersilang
⦁ GBP/JPY
⦁ EUR/GBP
⦁ CAD/JPY
⦁ AUD/CAD
⦁ EUR/AUD
⦁ NZD/JPY

Pasangan Eksotik.
Eksotik ialah pasangan bagi negara-negara dari Asia, Afrika, Timur Tengah, Amerika Latin. Pasangan eksotik sangat jarang diniagakan oleh itu kecairan matawang rendah dan jumlah spreadnya sangat tinggi. Eksotik biasanya diniagakan oleh nama-nama besar dalam dunia forex. Contohnya George Soros yang berhasil untung sebanyak $790 million apabila membeli untuk melawan Thai Baht kerana George Soros mempunyai maklumat yang sangat boleh dipercayai.
Contoh pasangan eksotik ialah
⦁ Hong Kong dollar/ HKD
⦁ South African rand/ ZAR
⦁ Thai baht/ THB
⦁ Singapore dollar/ SGD
⦁ South Korean won/ KRW
⦁ Mexican peso/ MXN
⦁ Russian Federation ruble/ RUB
⦁ Indian rupee/ INR

Matawang negara-negara Scandanivia contohnya Swedish krona, Norwegian kroner dan Danish kroner boleh dikategorikan sebagai eksotik. Namun begitu sesetengah berpendapat bahawa ianya ialah matawang kecil.
Namun begitu, yang keputusan untuk memilih matawang mana yang harus diniagakan bergantung kepada pembeli. Lebih banyak pembeli meniagakan sesuatu matawang, maka lebih selesa untuk berurusniaga dalam matawang tersebut.


Bagaimana membaca jumlah kadar pertukaran.



Contoh1.
EUR/USD = 0.9978,  maka 1 EURO bersamaan 0.9978 US Dollar
Contoh2.
USD/JPY = 121.481, make 1 US Dollar bersamaan 121.481 Japanese Yen.
Dalam contoh1 nilai US Dollar lebih tinggi berbanding Euro. Manakala dalam contoh2, nilai USD lebih tinggi berbanding Japanese Yen.


No comments:

Post a Comment